Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Raja Bomoh' jalankan upacara di pantai bagi 'lindungi' Malaysia daripada Korea Utara

Mar 13, 2017 | 10:34 AM



PETALING JAYA: 'Raja Bomoh Sedunia' Malaysia telah menawarkan khidmatnya untuk membantu negara itu sekali lagi - kali ini untuk melindunginya daripada serangan nuklear Korea Utara.



Sebuah video tiga minit 18 saat yang menunjukkan Ibrahim Mat Zin, yang menggelar dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dengan gelaran Datuk Mahaguru, menjalankan satu ritual di pantai telah menjadi viral.



Video itu menunjukkan Ibrahim dan tiga pembantu memasuki laut sedalam buku lali dengan membawa dua biji kelapa, dua batang kayu yang digunakan sebagai teropong, lima meriam buluh, sebuah sejadah, dan semangkuk air laut.



Ibrahim, yang memakai sut, membaca doa sepanjang ritual itu dan kemudian membalingkan kelapa tersebut ke dalam air pada akhir upacara tersebut.



Seorang jurukamera boleh dilihat di latar belakang merakamkan keseluruhan sesi itu.



Terdapat penafian dalam video itu, yang mengatakan penonton dilarang menjalankan ritual tersebut di rumah.



"Kali ini, upacara ini ialah untuk melindungi Malaysia daripada sembarang ancaman atau serangan oleh negara lain, terutama Korea Utara," Ibrahim dipetik sebagai berkata dalam sebuah portal bahasa Melayu.



"Selain itu, upacara ini juga untuk melembutkan hati Pemimpin Agung Korea Utara supaya dia melepaskan 11 rakyat Malaysia dengan segera dan menyelesaikan situasi (pembunuhan Kim Jong Nam) ini," katanya.



Menjelaskan bahawa meriam buluh itu simbolik, beliau berkata upacara tersebut bukan untuk memprovokasi sembarang pihak tetapi sebagai langkah berjaga-jaga demi memastikan konflik itu dapat diselesaikan tidak lama lagi.



Pyongyang menghalang semua rakyat Malaysia meninggalkan Korea Utara pada 7 Mac, selepas Malaysia mengusir duta negara itu, Encik Kang Chol, disebabkan ketegangan hubungan diplomatik selepas pembunuhan Encik Kim Jong Nam, abang tiri Ketua Korea Utara, Encik Kim Jong Un, di Malaysia.



Dua rakyat Malaysia yang merupakan kakitangan Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dibenarkan meninggalkan negara itu Khamis lalu, tetapi sembilan yang lain masih terkandas di sana.



Seorang tokoh kontroversi, Ibrahim kali pertama menarik perhatian pada Mac 2014 apabila beliau menjalankan dua upacara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kononnya bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >