Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Raja Mohammed bayangi usaha tangani krisis gempa Maghribi

Sep 13, 2023 | 03:25 PM



MARRAKESH: Apabila gempa bumi kuat melanda Maghribi pada Jumaat malam, meragut lebih 2,900 nyawa, Raja Mohammed VI berada di Paris, tempat beliau menghabiskan banyak masanya.


Beliau mengambil masa hampir sehari untuk pulang ke negaranya dan membuat satu-satunya kenyataan terbukanya setakat ini tetapi ringkas.

Pada Sabtu pula, televisyen menunjukkan beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet, tetapi tanpa sebarang suara.

Beliau melawat hospital pada Selasa dan menderma darah ketika menziarahi mangsa yang menjalani rawatan.

Sikap beliau yang jarang dilihat di khalayak umum dan ditambah dengan respons kerajaannya terhadap gempa bumi dikritik. Beberapa pihak menyatakan pegawai tidak segera bertindak kerana mereka sedang menunggu arahan raja.

Pegawai Maghribi menyatakan mereka sebenarnya telah mengambil langkah untuk menangani krisis akibat gempa itu dan akan meminta bantuan apabila mereka memerlukannya.

Mereka berkata pihak istana telah memberi arahan sewajarnya sejak dari awal bencana itu berlaku.

Raja Mohammed VI yang berusia 60 tahun adalah orang terkaya dan paling berkuasa di Maghribi. Beliau secara perlembagaan adalah ketua angkatan tentera dan dianggap sebagai amirulmukminin, atau pemimpin dalam hal ehwal agama.

Sebagai ketua negara, beliau mengawasi monarki berperlembagaan, separa demokrasi terurus, dengan kuasa sebenar dilaksanakan oleh penasihat dan menteri yang didominasi oleh rakan sekolah menengahnya. Tetapi kebenaran untuk bertindak perlu didapatkan dahulu daripada beliau.

Tetapi, misteri menyelubungi sebahagian besar kehidupan di istana dan raja, malah tentang keadaan kesihatannya, ketika pembesar istana dan ahli keluarga bersaing untuk mendapatkan perhatiannya.

Beliau mempunyai beberapa masalah kesihatan pada masa lalu, termasuk kadar denyutan jantung tidak teratur dan radang paru-paru virus akut, tetapi tidak ada maklumat rasmi tentang keadaan kesihatannya sekarang.

Maghribi dianggap sebagai kisah kejayaan di Afrika Utara – sebuah negara agak terbuka, stabil dan menarik kepada industri dan pelancong. Ia telah menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai Amerika Syarikat dan Barat dalam kerjasama memerangi pengganasan.

Maghribi juga mengiktiraf Israel pada 2020.

Dalam pada itu, harapan semakin pudar pada Selasa dalam usaha mencari mangsa yang terselamat – empat hari selepas gempa itu mengorbankan lebih 2,900 orang, kebanyakannya di kampung terpencil di Pergunungan Atlas.

Pasukan mencari dan menyelamat kerajaan dan dari luar negara terus menggali runtuhan rumah bata lumpur yang pecah, mengharapkan tanda-tanda kehidupan dalam perlumbaan melawan masa berikutan gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Ritcher lewat Jumaat.

Palang Merah merayu bantuan lebih AS$100 juta ($140 juta) bagi memenuhi “keperluan paling mendesak” di negara Afrika utara itu, termasuk bekalan air, tempat tinggal, kesihatan dan sanitasi.

“Kita perlu memastikan kita dapat mengelakkan gelombang kedua bencana,” kata Cik Caroline Holt, pengarah operasi sejagat Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.

Di hab pelancongan Marrakesh, banyak keluarga masih mendapatkan perlindungan di tempat terbuka, berhimpit-himpit dalam selimut di dataran awam kerana takut akan gegaran susulan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >