Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Raja Muda ditabalkan sebagai Sultan Perak ke-35

May 29, 2014 | 04:05 PM



KUALA KANGSAR (Perak): Raja Muda, Dr Nazrin Shah, telah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35, menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam.


Istiadat Pelantikan Raja Pemerintah Perak yang baharu itu berlangsung di Balairong Seri Istana Iskandariah, di sini, pada jam 3.14 petang tadi.


Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen B Mohd Zahidi Zainuddin.


Dalam lafaz sumpah, Sultan Dr Nazrin Shah bertitah:


"Bismillahirrahmanirrahim... adalah kita, Raja Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah bersumpah dengan Wallahi Wabillahi Watallahi bahawa kita mengaku memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian jajahan takluknya menurut perlembagaan negeri Perak dengan adil mengikut hukum Allah."


Susulan itu, Mufti Tan Sri Harussani Zakaria membaca doa selamat.


Sultan Dr Nazrin Shah kemudian meletakkan tangan kanan baginda atas keranda jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai syarat supaya keranda diangkat dan diusung keluar untuk istiadat pemakaman.


Serentak itu, bedilan meriam sebanyak 86 das mengikut umur Almarhum dilepaskan oleh pasukan Bateri Rejimen Artileri Diraja.


Bedilan itu bermula dari Sultan Perak meletakkan tangan sehingga jenazah diusung ke Makam Diraja bersebelahan Masjid Ubudiah. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >