Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rajapaksa dijangka pulang ke Sri Lanka dalam masa dua minggu

Aug 25, 2022 | 05:30 AM



COLOMBO: Bekas presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa, berkemungkinan pulang ke tanah air dalam masa dua minggu ini selepas meninggalkan negara itu dalam keadaan tergesa-gesa pada Julai lalu akibat pemberontakan rakyat.



Dua sumber yang tahu tentang perkara itu memberitahu agensi berita Reuters semalam, kepulangan Rajapaksa bagaimanapun bergantung kepada jaminan keselamatannya.



Salah satu sumber menyatakan, kepulangannya juga sebahagiannya dikaitkan dengan kos penginapannya di Thailand.



Rajapaksa, 73 tahun, yang menjadi presiden antara November 2019 hingga Julai 2022 dan turut menyandang jawatan Menteri Pertahanan pada tempoh yang sama, meloloskan diri dari Sri Lanka pada awal pagi 13 Julai lalu selepas bantahan besar-besaran di ibu kota setelah rakyat begitu marah dengan keadaan ekonomi yang sangat buruk, sehingga mereka merusuh masuk ke kediaman rasmi dan pejabatnya.



Dia meletak jawatan sebagai presiden selepas tiba di Singapura, di mana beliau kemudian terbang ke Thailand.



Media Sri Lanka melaporkan Rajapaksa boleh pulang hari ini, tetapi sumber menyatakan ketibaannya telah ditangguhkan sedang rundingan diteruskan antara parti Sri Lanka Podujana Peramuna (SLPP) dan pemerintah berhubung keselamatannya dan kebimbangan lain.



"Dia memang nak balik tetapi soal keselamatan adalah isu utama dan pihak risikan telah menasihatkan supaya dia tangguhkan kepulangannya," kata satu sumber, yang merupakan pegawai pemerintah Sri Lanka.



"Dia boleh pulang dalam dua minggu lalu atau sebelum ini jika urusan keselamatannya boleh dilakukan," ujar sumber itu lagi.



Sumber kedua berkata, kos tinggi bagi penginapannya di Thailand mendorongnya untuk pulang secepat mungkin.



"Kos penginapannya sekarang mencecah ratusan juta rupee kerana ia turut merangkumi kos jet peribadi, bilik hotel presiden dan penjagaan keselamatan setiap masa," kata sumber itu.



"Kos menjadi terlalu besar," tambah sumber itu.



Perbelanjaan itu sebahagian besarnya ditanggung oleh beberapa penyokongnya, menurut satu lagi sumber ramai dengan keluarga Rajapaksa.



Semua sumber enggan dinamakan semasa membincangkan ehwal bekas presiden itu.



Setiausaha Agung SLPP, Encik Sagara Kariyawasam, berkata parti telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Ranil Wickremesinghe bagi menguruskan kepulangan pendahulunya.



"Kami telah membuat permohonan bagi kepulangannya diuruskan seberapa segera," kata Encik Kariyawasam.



Encik Wickremesinghe memberitahu Reuters minggu lalu, beliau "tidak tahu" adanya sebarang rancangan untuk Rajapaksa pulang.



Beliau juga berkata, sebarang tindakan undang-undang ke atas Rajapaksa akan menuruti lunas undang-undang Sri Lanka.



Badan antirasuah antarabangsa, Transparency International, berkata pemerintah Sri Lanka telah mengemukakan permohonan agar mahkamah tinggi negara itu "mengambil tindakan ke atas orang-orang bertanggungjawab ke atas krisis ekonomi sekarang", termasuk dua adik beradik Rajapaksa yang menjawat jawatan perdana menteri dan menteri kewangan di bawah pentadbiran Rajapaksa sebelum ini.



Sedang Sri Lanka cuba menangani krisis ekonomi terburuk negara itu, satu pasukan dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dijadualkan tiba hari ini untuk merundingkan bantuan suntikan AS$3 bilion ($4.19 bilion), yang turut meliputi rangka kerja penstrukturan semula hutang. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >