Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakam foto, video dilarang di Masjidil Haram, Masjidil Nabawi

Nov 25, 2017 | 06:24 PM



JAKARTA:  Kerajaan Arab Saudi kini  melarang  jemaah  mengambil foto dan video menggunakan sembarang  peranti bagi sembarang  tujuan di Masjid al-Haram di Makkah dan  Masjid an-Nabawi di Madinah.



Menurut laporan, larangan itu dikenakan  Kementerian Luar Arab  Saudi pada 12 November, lapor sebuah akhbar Turkey, The Daily Sabah.



Akhbar The Jakarta Post Indonesia melaporkan perubahan itu disampaikan oleh kementerian itu  melalui nota diplomatik yang dikirimkan kepada wakil  negara asing  Arab Saudi, termasuk kedutaan Indonesia di Riyadh. Kedutaan itu menerima surat tersebut  pada 15 Nov.



Pihak berkuasa Arab Saudi  menyatakan  langkah itu dikenakan untuk melindungi dan memelihara tempat  suci, menghalang gangguan kepada jemaah  dan menjamin ketenangan ketika melakukan ibadah.



Dalam tahun-tahun kebelakangan, banyak jemaah haji     menyiarkan gambar  di Instagram dan Facebook,  daripada gambar bergaya  di depan  Kaabah kepada   mengambil gambar diri (selfie) di tingkat atas Masjidil Haram dan  berdiri di bawah kanopi   di Masjid Nabawi.



Ada juga yang memuat naik gambar berkumpulan,   membawa sepanduk atau bendera negara masing-masing di dua masjid tersebut.



 Para pengkritik mengatakan “tindakan ala pelancong” itu menyimpang daripada semangat menunaikan ibadah haji dan umrah.

   

“Sekiranya berlaku pelanggaran larangan itu, pengawal keselamatan telah diarah supaya   merampas foto dan kamera jika perlu,”  kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa perubahan tersebut  perlu disebarkan kepada setiap pengendali  haji dan umrah di negara masing-masing.



Direktorat jemaah haji dan umrah Kementerian Hal Ehwal Agama   Indonesia menyatakan ia akan segera bekerjasama dengan syarikat  umrah dan Kumpulan Kaunseling  Haji untuk menyebarkan maklumat mengenai larangan tersebut,  menurut seorang jurubicara.

Bagaimanapun Lembaga Tabung Haji Malaysia (Tabung Haji) mengatakan ia belum dimaklumkan mengenai larangan itu dan akan menasihati jemaah haji sebaik sahaja ia mendapat kata rasmi dari-ada  kerajaan Arab Saudi mengenai perkara itu.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri  Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata jika larangan itu disahkan, rakyat Malaysia yang melaksanakan haji dan umrah akan dinasihatkan supaya mematuhinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >