TAIPING: Rakan sekampung pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Allahyarhamha Nur Syuhada Johari, 20 tahun, yang mati dikelar di leher di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini pada 2 Februari lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh wanita itu.
Tertuduh, Syarafi Abu (gambar), 25 tahun, dilihat bersahaja ketika prosiding kes bunuh itu bermula kira-kira 10.50 pagi semalam.