Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat Indonesia mudik sempena Aidilfitri digesa guna pengangkutan awam

Apr 05, 2024 | 12:17 PM



JAKARTA: Menteri Pengangkutan Indonesia, Encik Budi Karya Sumadi, menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam pada musim mudik atau balik kampung bagi mengelak kemalangan jalan raya, sambil menyatakan komitmen menyediakan perkhidmatan optimum kepada orang ramai semasa Aidilfitri yang menjelang ini.


“Saya tidak mengesyorkan menggunakan kereta persendirian dan terutamanya motosikal kerana 70 peratus kemalangan jalan raya melibatkan motosikal dan kami menyediakan kemudahan mudik percuma,” kata Encik Budi di Jakarta pada 3 Mac, seperti dipetik oleh agensi berita Antara.


Menurut beliau, perjalanan berskala besar pada kemuncak musim cuti — yang dianggarkan kementeriannya sebelum ini melibatkan 193.6 juta orang — perlu ditampung dengan kemudahan dan infrastruktur mencukupi dalam setiap sektor.

Beliau juga berkata, kementeriannya dan pihak berkepentingan yang berkaitan terus komited untuk menyediakan perkhidmatan optimum kepada orang ramai supaya perjalanan mereka selamat, selesa dan meninggalkan kenangan.

Kementerian pengangkutan telah menyediakan dasar pengurusan perjalanan untuk Aidilfitri 2024 buat semua jenis pengangkutan, termasuk sekatan operasi kenderaan muatan.


Selain itu, kementerian itu juga menjalankan langkah-langkah lain, seperti menyediakan kemudahan pengangkutan sandaran bagi semua jenis pengangkutan.


“Kami juga menjalankan pemeriksaan keadaan kenderaan, kejuruteraan trafik dan penyelarasan dengan institusi lain seperti Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), Agensi Mencari dan Menyelamat Negara (Basarnas), Badan Mitigasi Bencana Negara (BNPB) dan kementerian lain,” ujarnya pada majlis taklimat itu.

Encik Budi berharap semua pihak berkepentingan berkongsi pemahaman yang sama berhubung peraturan kawalan perjalanan dan pelaksanaannya di lapangan.


Beliau kemudiannya menggalakkan semua yang terlibat menjalankan penyeliaan yang tegas dan berperikemanusiaan, serta mengekalkan hubungan baik dengan semua pihak.


“Kepada semua petugas, baik di pos mahupun di lapangan, anda mesti bersedia dengan langkah-langkah antisipatif untuk dinamik di tapak.


“Jalankan tugas dan sentiasa meletakkan diri sebagai penjawat awam yang boleh dipercayai,” kata Encik Budi, seperti dipetik portal berita Detik.


Sebelum ini perantau di ibu kota Jakarta berpeluang mudik di wilayah Pulau Jawa sempena Aidilfitri ini dengan menaiki kapal perang secara percuma.

Tentera Laut Indonesia menyediakan sebuah kapal perang berkapasiti 500 orang khusus bagi membawa individu dan penunggang motosikal, kecuali motosikal elektrik, untuk pulang ke kampung halaman.

“Program ini bertujuan membantu pemerintah membendung risiko kemalangan jalan raya pada musim perayaan khususnya penunggang motosikal,” kata jurucakapnya, Laksamana Pertama Made Wira Hady.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata kapal akan belayar dari Jakarta pada 5 April dan berlabuh di Semarang 6 April dan tiba di Surabaya 7 April, sebelum kembali semula ke Jakarta pada 13 April. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >