Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat Jerman digesa simpan bekalan makanan, air andainya berlaku serangan

Aug 23, 2016 | 08:09 AM



BERLIN: Buat kali pertama sejak akhir Perang Dingin, pemerintah Jerman merancang menyuruh rakyatnya menyimpan bekalan makanan dan air andainya berlaku serangan atau bencana, lapor akhbar Frankfurter Allgemeine SonntagsZeitung.



Jerman dalam keadaan berjaga-jaga selepas dua serangan militan Islam dan kejadian tembakan oleh seorang remaja bermasalah mental bulan lalu.



Berlin mengumumkan awal bulan ini langkah-langkah meningkatkan perbelanjaan bagi polis dan pasukan keselamatan serta mewujudkan satu unit khas untuk menangani jenayah siber dan pengganasan.



"Penduduk akan dikenakan tanggungjawab menyimpan bekalan makanan individu cukup bagi 10 hari," kata akhbar itu pada Ahad (21 Ogos), memetik laporan 'Konsep Pertahanan Awam' pemerintah yang disiapkan Kementerian Dalam Negeri.



Akhbar itu berkata satu jawatankuasa parlimen menugaskan strategi pertahanan awam itu pada 2012.



Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata rancangan tersebut akan dibincangkan oleh Kabinet pada Rabu (24 Ogos) dan dibentangkan oleh menteri petang itu. Beliau enggan memberi sembarang butiran mengenai kandungannya.



Orang ramai akan diwajibkan menyimpan bekalan air minuman yang cukup untuk bertahan selama lima hari, mengikut perancangan, kata akhbar itu.



Laporan 69 muka surat itu tidak melihat serangan ke atas wilayah di Jerman sebagai satu kemungkinan.



Bagaimanapun, langkah-langkah berjaga-jaga itu menuntut orang ramai "menyediakan sewajarnya bagi perkembangan yang boleh mengancam kewujudan kita dan tidak boleh secara mutlak ditolak pada masa akan datang", akbar itu menukil laporan tersebut.



Ia juga menyebut mengenai keperluan sistem penggera yang boleh dipercayai, perlindungan lebih baik bagi struktur bangunan dan meningkatkan kapasiti dalam sistem kesihatan, kata akhbar itu.



Keutamaan lebih lanjut ialah sokongan lebih banyak bagi angkatan tentera oleh orang awam, katanya.



Menteri Pertahanan Jerman berkata awal bulan ini bahawa negara itu terletak dalam "sasaran pengganasan" dan menekankan rancangan bagi tentera berlatih lebih rapat dengan polis dalam membuat persediaan bagi potensi serangan besar-besaran militan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >