SEOUL: Rakyat Korea Selatan keluar mengundi semalam untuk memilih presiden baru selepas bekas Presiden Park Geun-hye digulingkan, ditahan dan didakwa atas tuduhan rasuah, sedang negara itu berdepan dengan ketegangan berkaitan isu nuklear Korea Utara.
Lebih 139,000 pusat membuang undi dibuka pada 6 pagi waktu tempatan di seluruh negara itu dan jumlah penduduk yang keluar mengundi dijangka mencecah paras rekod.