Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat M'sia berdepan masalah kurang simpanan: Kajian

Dec 16, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Tahap kewangan rakyat Malaysia berada pada paras berbahaya kerana berdepan masalah simpanan semakin berkurangan, isu aliran tunai dan trend lain yang membimbangkan, menurut satu soal selidik.



Kajian Celik Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2022 mendapati rakyat Malaysia akan mengalami "kedudukan kewangan yang sangat perit" jika mereka menghadapi kemelesetan global yang akan berlaku di tengah-tengah peningkatan inflasi.



Pengasas Bersama dan Pengarah RinggitPlus, Encik Hann Liew, berkata mengikut data kajian, rakyat Malaysia masih bergelut dengan kesan kewangan pascapandemik dan kini menghadapi cabaran kewangan.



"Sebanyak 70 peratus responden menyatakan mereka menyimpan kurang daripada RM500 ($153) sebulan atau langsung tidak mampu menyimpan.



"Ini adalah keputusan terburuk yang diperoleh oleh RMFLS dalam tempoh lima tahun," katanya.



Bilangan rakyat Malaysia yang menyimpan lebih RM1,500 sebulan juga telah bekurangan dengan ketara, katanya.



"Daripada 20 peratus pada 2020, angka itu turun empat kali lebih rendah kepada hanya 5 peratus pada 2022."



Dapatan RMFLS 2022 itu juga menunjukkan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia bergelut dengan simpanan yang kurang di tangan dengan 53 peratus responden menyatakan mereka boleh bertahan selama tiga bulan atau kurang dengan hanya bergantung pada simpanan mereka (tahun lepas pada kadar 52 peratus).



"Trend yang sama juga mendapati 55 peratus rakyat Malaysia membelanjakan dengan tepat atau lebih daripada apa yang mereka peroleh setiap bulan (sebanyak 44 peratus tahun lepas), pada asasnya bergantung daripada gaji ke gaji untuk hidup," kata RinggitPlus.



Dengan kurangnya berjimat dan kos barangan yang lebih tinggi, soal selidik itu juga menyerlahkan trend yang membimbangkan.



"Lebih ramai pemegang kad kredit tidak membayar bil secara penuh dengan hanya 55 peratus (berbuat demikian) pada 2022 berbanding 70 peratus tahun lepas," katanya.



RinggitPlus juga mendapati rakyat Malaysia lebih memilih pelepasan kewangan jangka pendek berbanding kestabilan kewangan jangka panjang.



"Sebanyak 66 peratus responden berusia 21 tahun ke atas menyatakan mereka akan mempertimbang memohon lebih banyak pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jika kerajaan membenarkannya," katanya.



Tinjauan itu dijalankan dalam tiga bahasa melalui soal selidik dalam talian yang dikawal selia sendiri melalui platform analitik pihak ketiga, berdasarkan sampel 3,144 rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.



RinggitPlus juga berkata rakyat daripada semua lapisan masyarakat kini menghadapi cabaran kewangan yang membarah hingga menyebabkan mereka terdedah kepada kejutan kewangan, dengan mengambil kira pelbagai bantuan kewangan telah mengurangkan kesan ke atas mereka pada 2020 dan 2021. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >