SEOUL: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan lebih 100 yang lain cedera apabila bumbung sebuah auditorium runtuh di pusat peranginan di bandar Gyeongju, malam kelmarin.
Sekitar 560 mahasiswa dipercayai berada di bangunan itu kerana menghadiri program orientasi apabila bumbung tersebut runtuh pada 9.15 malam (waktu tempatan).