HONGKONG: Amerika Syarikat merancang menghantar kapal perang atau pesawat tentera ke kawasan dalam jarak 12 batu nautika dari 'pulau buatan' China di Laut China Selatan yang dipertikai, mungkin dalam masa beberapa hari, sekali gus menimbulkan ketegangan baru dalam hubungan antara Washington dengan Beijing.
Pakar keselamatan, yang menyifatkan tindakan Amerika itu sebagai kebebasan Washington membuat rondaan navigasi, berkata adikuasa dunia itu perlu berbuat demikian untuk menjadikannya berkesan.