SYDNEY: Serbuan antikeganasan di Sydney malam kelmarin didorong maklumat risikan bahawa militan IS sedang merancang melakukan pembunuhan awam bagi menunjukkan ia sudah berada di negara itu, kata Perdana Menteri Australia, Encik Tony Abbott, semalam.
Dalam operasi yang dilancarkan di seluruh Sydney malam kelmarin dan awal pagi semalam, polis Australia menahan 15 orang yang disyaki ada kaitan dengan perbuatan ganas yang dirancang itu.