Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS rancang sekatan baru terhadap Iran sebagai hukuman serang Israel

Apr 17, 2024 | 01:59 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat merancang untuk mengenakan sekatan baru ke atas Iran dalam beberapa hari akan datang bagi menghukumnya atas serangan ke atas Israel pada hujung minggu, kata seorang pegawai Amerika pada 16 April.


Penasihat keselamatan negara Amerika, Encik Jake Sullivan, berkata dalam satu kenyataan bahawa sekatan itu akan menyasarkan “program peluru berpandu dan dron” Iran dan entiti yang menyokong kumpulan tentera negara itu.

“Sekatan baru dan langkah-langkah lain ini akan menimbulkan tekanan yang berterusan bagi membendung dan merendahkan kapasiti dan keberkesanan ketenteraan Iran serta mendepani pelbagai tingkah laku bermasalahnya,” kata beliau.

Bagaimanapun, Encik Sullivan tidak menyatakan bagaimana sekatan itu boleh menjejaskan program senjata Iran, tetapi seorang pegawai yang enggan namanya disebut, berkata Amerika sedang meneliti cara memotong akses Iran kepada komponen ketenteraan bagi membina senjata seperti dron yang digunakannya terhadap Israel.

Pada malam 13 April, Iran melancarkan lebih 300 peluru berpandu dan dron ke arah Israel sebagai tindak balas terhadap serangan udara Israel yang membunuh beberapa pegawai kanan tentera Iran di kedutaannya di Damsyik, Syria.

Kebanyakan peluru berpandu dan dron telah dipintas oleh Israel dan sekutunya, termasuk Amerika dan Britain.

Amerika telah mengenakan sekatan yang meluas ke atas Iran selama ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberi tekanan kepada ekonominya dan menghalangnya daripada memperoleh senjata nuklear.

Dalam sidang akhbar di Washington pada 16 April, Setiausaha Perbendaharaan, Cik Janet Yellen, mencadangkan supaya pentadbiran Presiden Amerika, Encik Joe Biden, mempertimbangkan langkah untuk menyekat eksport minyak Iran.

Beliau berkata pentadbiran Encik Biden telah menyasarkan lebih 500 individu dan entiti Iran yang dikaitkan dengan pembiayaan pengganas sejak tiga tahun lalu.

“Saya menjangkakan sepenuhnya bahawa kami akan mengambil tindakan sekatan tambahan terhadap Iran dalam beberapa hari akan datang,” kata Cik Yellen.

Amerika juga akan berbincang dengan menteri kewangan daripada Kumpulan Negara G7 (G7) mengenai cara menyelaraskan sekatan bagi memotong bekalan komponen ketenteraan Iran. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >