WASHINGTON: Angkatan laut Amerika Syarikat bercadang meningkatkan operasi "kebebasan pelayaran" di Laut China Selatan ketika Beijing meneruskan peningkatan ketenteraan di perairan yang menjadi rebutan itu.
Pelayaran membabitkan kapal perang Amerika yang menghampiri lingkungan 12 batu nautika dari kepulauan yang dituntut China itu sebagai cara menolak tindakan Beijing menunjukkan kedaulatannya.