Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rangka kerja pakatan Asia Pasifik tanpa Amerika dipersetujui

Nov 11, 2017 | 11:55 AM



DANANG: Negara anggota pakatan perdagangan bebas Kerjasama Rentas Pasifik (TPP) telah mencapai persetujuan umum dalam rundingan bagi memuktamadkan satu perjanjian baru tanpa Amerika Syarikat.



Dalam kenyataan bersama yang dijadualkan dikeluarkan semalam, 11 negara anggota melahirkan komitmen melaksanakan “dasar asas” perjanjian itu, meskipun akur lebih banyak usaha perlu dilakukan.



Negara anggota TPP berkenaan terdiri daripada Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.



Kesemua negara bersetuju menggantung sebahagian daripada peraturan perdagangan dan pelaburan yang termasuk dalam permuafakatan 12 negara asal TPP, sehingga Amerika kembali kepada rangka kerja pelbagai hala itu.



Mereka bersetuju melaksanakan akses pasaran asal TPP, termasuk penghapusan atau pengurangan tarif dalam sektor pertanian dan perindustrian, secara am.

Kesemua negara mencapai persetujuan umum itu dalam mesyuarat peringkat menteri yang bermula di Danang pada Rabu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >