Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rasuah: 2 anak ketua setiausaha kementerian M'sia turut ditahan

Jan 05, 2017 | 11:07 AM



PUTRAJAYA: Ketua setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia dan dua anaknya ditahan reman tujuh hari dalam kes melibatkan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram.



Datuk Mohd Arif Ab Rahman, 59 tahun, dan anaknya berusia 29 dan 34 tiba di Mahkamah Majistret dalam kereta berasingan pada pagi Khamis (5 Jan).



Majistret Nik Tsfahanie Tasnim W. Ab. Rahman membenarkan permohonan pendakwa Ahmad Akram Gharib Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mereka ditahan reman tujuh hari.



Pada Rabu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, mengesahkan Arif suspek utama kes tersebut.



Dia ditahan di rumahnya di USJ3, Subang Jaya, pada pagi Rabu sejurus sebelum pergi ke tempat kerja.



Dua anaknya ditahan di ibu pejabat SPRM di sini setelah dipanggil untuk disoal pada Rabu.



Dalam serbuan di Arif, pegawai menemui kepingan emas, 150 beg tangan mewah, jam tangan berjenama dan mata wang asing.



Emas dan wang dalam mata wang Australia dan Euro yang dirampas dianggar berjumlah RM3 juta ($960,495).



Beg tangan itu berjenama seperti Chanel, Hermes, Dior, Louis Vuitton dan Gucci, yang harganya daripada RM7,000 hingga RM100,000 setiap satu.



Datuk Azam berkata kes itu disiasat kerana penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram.



SPRM dikatakan sedang menyiasat apakah semua lawatan Arif ke luar negara dan perbelanjaan lain di sana dibayar oleh "individu tertentu".



Menurut sumber, Arif baru sahaja pulang daripada lawatan bermain golf ke Amerika Syarikat.



"Lebih ramai suspek akan dipanggil tidak lama lagi untuk membantu siasatan," kata Datuk Azam.



Arif dilantik ke jawatan kementerian itu pada 16 Oktober 2015. Dia juga ahli lembaga sebuah syarikat berkaitan kerajaan.



Sebelum itu, dia berkhidmat sebagai ketua setiausaha di kementerian lain dan merupakan seorang timbalan ketua setiausaha dan pegawai kewangan negeri.



Lulusan Universiti Malaya itu menyertai perkhidmatan awam pada 1981 sebagai pegawai tadbir. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >