Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rasuah, gelap wang bernilai $135 bilion: 201 orang ditangkap di Arab Saudi

Nov 10, 2017 | 02:45 PM



RIYADH: Seramai 201 orang ditahan untuk disoal siasat di Arab Saudi berikutan penggelapan wang dan rasuah bernilai AS$100 bilion ($135 bilion).

Ia merupakan operasi terbesar yang pernah dijalankan dalam sejarah moden kerajaan elit tersebut.

Putera raja, menteri dan jutawan perniagaan, antara berpuluh-puluh orang yang ditangkap atau dipecat, minggu ini selepas Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengukuhkan kuasanya.

Operasi dijalankan di tengah-tengah ketegangan wilayah antara Arab Saudi dengan Iran, yang berdepan dengan serangan peluru berpandu dari Yaman dan krisis politik di Lebanon selepas Perdana Menteri Saad Hariri mengumumkan peletakan jawatannya.

Kementerian Perhubungan Arab Saudi dalam kenyataannya memetik kenyataan peguam bela, Sheikh Saud al-Mojeb:

"Seramai 208 individu dipanggil untuk disoal siasat setakat ini. Tujuh daripadanya telah dibebaskan tanpa dikenakan sebarang hukuman."

Pihak berkuasa juga membekukan bank akaun tertuduh dan memberi amaran bahawa mana-mana aset yang berhubung kait dengan kes rasuah akan dirampas sebagai harta kerajaan.

Tindakan itu dilaksanakan dalam usaha kerajaan mempertingkatkan pencegahan rasuah.

Tambahnya lagi, berdasarkan beberapa siasatan yang dijalankan sejak tiga tahun lalu, sekitar AS$100 bilion telah diseleweng sepanjang beberapa dekad.

Putera Al-Waleed bin Talal antara jutawan berprofil tinggi yang ditangkap dalam operasi yang dilaksanakan selepas suruhanjaya antirasuah yang diketuai oleh putera mahkota Arab Saudi ditubuhkan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >