JOHOR BAHRU: Seorang Exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi, dan seorang perunding hartanah mengaku tidak bersalah terhadap 33 tuduhan membabitkan rasuah RM30.3 juta ($9.61 juta) di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Abd Latif, 51 tahun, yang merupakan Exco perumahan dan kerajaan tempatan yang sedang bercuti tugas, dan Amir Shariffuddin Abd Raub, 44 tahun, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di depan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir, lapor Berita Harian Online semalam.