Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rasuah: Pegawai kanan polis M'sia didakwa kumpul RM20 juta

Feb 23, 2014 | 06:52 PM



KUALA LUMPUR: Siasatan sepanjang enam bulan ke atas 60 pegawai polis Malaysia yang dipercayai terbabit dalam kes rasuah dan penjanaan wang haram mendedahkan satu temuan yang mengejutkan.


Seorang pegawai kanan polis didapati telah mengumpulkan RM20 juta ($7.7 juta) dalam beberapa bank akaunnya, menurut seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Semasa bercakap dengan sebuah portal berita setempat, atas syarat namanya tidak didedahkan, pegawai SPRM berkenaan berkata bahawa pegawai kanan polis berkenaan gagal memberikan penjelasan terhadap jumlah wang yang dimilikinya itu.


"Siasatan sedang berjalan. Akan terdapat lebih banyak pendedahan dalam minggu-minggu yang akan datang," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider (TMI).


Portal berita itu dalam laporannya hari ini memetik sumber tersebut sebagai berkata bahawa pihaknya kini tidak dapat menafikan bahawa lebih ramai lagi pegawai polis yang mungkin telah mengumpulkan beberapa aset yang mudah dialih dan tidak mudah dialihkan berjumlah jutaan ringgit.


"Para penyiasat terkejut mendapat tahu tentang jumlah wang sebesar itu daripada pegawai kanan polis ini, tetapi kami percaya ada lebih banyak lagi yang akan didedahkan akan datang," katanya.


Sejumlah 60 pegawai polis - jumlah terbesar yang pernah disiasat secara serentak oleh SPRM sejak akhir-akhir ini - sebahagian besarnya adalah pegawai berpangkat tinggi yang ditugaskan di seluruh Malaysia, menurut portal berita itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >