Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ratusan paus mati terdampar di pantai New Zealand

Feb 10, 2017 | 11:26 AM



WELLINGTON: Lebih 400 ikan paus pandu terdampar di pantai New Zealand pada Jumaat (10 Feb), dengan beratus-ratus mati sedang sukarelawan berlumba-lumba menyelamatkan yang lain, kata Jabatan Pemuliharaan.



Ia antara tindakan mendamparkan diri besar-besaran di pantai terbesar di New Zealand, walaupun kejadian ini agak biasa di negara itu, kata Encik Andrew Lamason, pengurus serantau jabatan tersebut.



Kira-kira 416 ikan paus itu mendamparkan diri mereka semalaman di Farewell Spit di kawasan Golden Bay di bahagian utara Pulau Selatan.



Encik Lamason berkata kira-kira 70 peratus daripada haiwan itu telah mati dan percubaan sedang dibuat untuk membawa baki ke luar pesisir semasa air pasang, tetapi peluang tersebut suram.



"Dengan jumlah kematian itu, anda harus menganggap yang lain dalam keadaan agak teruk juga," katanya kepada Radio New Zealand.



Jurucakap jabatan itu berkata terdapat banyak bangkai ikan paus di air cetek hingga sukar untuk sukarelawan membawa ikan yang masih hidup kembali ke dalam air.



Beliau berkata kebanyakan ikan yang masih hidup telah diapungkan semula dan berpuluh-puluh sukarelawan membentuk rantaian manusia untuk menghalang mereka mendamparkan diri lagi.



Jabatan itu berkata ia kes terdampar beramai-ramai ketiga terbesar dalam rekod di New Zealand.



Yang terbesar berlaku apabila 1,000 ikan paus terdampar di pantai di Kepulauan Chatham pada 1918, diikuti oleh 450 di Auckland pada 1985.



Ikan paus pandu membesar hingga enam meter panjang dan spesies ikan paus paling banyak di perairan New Zealand.



Farewell Spit, kira-kira 150km ke barat bandar pelancongan di Nelson, menyaksikan sekurang-kurangnya sembilan kes terdampar spesies itu sepanjang 10 tahun lalu.



Encik Lamason berkata sebab ikan paus mendamparkan diri di pantai tidak diketahui tetapi beliau percaya ia disebabkan geografi tempatan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >