JAKARTA: Beratus-ratus pelarian etnik Rohingya, termasuk sejumlah kanak-kanak dan wanita, diselamatkan nelayan tempatan di kawasan perairan wilayah Aceh semalam, lapor pihak berkuasa tempatan.
Pegawai pasukan mencari dan menyelamat, Encik Khairul Nova, berkata sebanyak 374 orang hanyut Rohingya yang dipercayai dari Myanmar telah diselamatkan daripada bot kayu yang dinaiki.