Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ratusan perlu pemindahan perubatan segera dari bandar Syria yang dikepung

Jan 12, 2016 | 02:17 PM



PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Kira-kira 400 orang perlu dipindahkan segera dari Madaya untuk menerima rawatan perubatan, kata duta PBB pada Isnin (11 Jan), selepas konvoi bantuan menyampaikan bekalan pertama dalam beberapa bulan ke bandar Syria yang dikepung itu.


PBB telah meminta pemerintah Syria membenarkan 400 warganya itu diterbangkan dari Madaya, tempat badan amal perubatan MSF berkata 28 orang telah mati kebuluran sejak 1 Disember.


"Mereka perlu pemindahan perubatan segera malam ini dan mereka mahu kebenaran daripada pemerintah Syria untuk membawa orang-orang itu," kata Duta Besar New Zealand, Encik Gerard van Bohemen.


Majlis Keselamatan PBB telah bertemu secara tertutup untuk membincangkan keadaan di kawasan-kawasan yang dikepung di mana penduduk berkata mereka terpaksa makan rumput dan membunuh kucing untuk dimakan.


Ketua bantuan PBB, Encik Stephen O'Brien, memberitahu majlis itu 400 rakyat Syria "dalam keadaan sangat kritikal", kata Duta Besar Sepanyol, Encik Roman Oyarzun, kepada pemberita.


"Jika mereka tidak dipindahkan malam ini, keadaan akan menjadi lebih daripada dramatik esok," katanya.


Duta Besar Amerika Syarikat, Cik Samantha Power, berkata "lebih 400 orang berada di ambang kematian, memerlukan pemindahan perubatan dengan segera" dari Madaya.


Beberapa jam sebelum itu, satu konvoi 44 trak penuh dengan bekalan makanan, susu bayi, selimut dan bekalan lain memasuki Madaya, yang dikepung telah tentera Presiden Bashar al-Assad selama enam bulan.


Sebanyak 21 trak menyampaikan bekalan ke dua bandar lain yang dikepung oleh pemberontak, Fua dan Kefraya.


Utusan PBB bagi Syria, Encik Bashar Jaafari, menolak laporan kebuluran di Madaya sebagai palsu dan menuduh "pengganas dalam bandar itu" mencuri barang-barang.


PBB berkata ia sedang berjuang untuk menyampaikan bantuan kepada kira-kira 4.5 juta rakyat Syria yang tinggal di tempat-tempat sukar disampai, termasuk hampir 400,000 orang di 15 kawasan yang dikepung.


Lebih 260,000 orang telah terbunuh di Syria sejak konflik bermula pada Mac 2011 dengan demonstrasi antikerajaan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >