PULAU PINANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia percaya jumlah rakyat tempatan yang terlibat dengan aktiviti kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria lebih ramai berbanding rekod sejumlah 61 orang ketika ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ini kerana pengaruh IS telah meresap ke dalam pelbagai lapisan masyarakat sehingga ada yang sanggup membawa seluruh anggota keluarga berjuang di negara itu, lapor Utusan Malaysia semalam.