Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ratusan ribu penduduk Riau, Bandung terjejas banjir, darurat diisytihar

Jan 16, 2024 | 01:57 PM



JAKARTA: Badan Pengurusan Bencana Daerah (BNPD) melaporkan kejadian dan cuaca melampau yang berlaku pada minggu kedua Januari 2024 menjejas ratusan ribu jiwa di seluruh Indonesia.


Di Riau, BNPD melaporkan bahawa banjir di enam daerah telah menyebabkan 131,834 penduduk dan 32,303 rumah terjejas. Pemerintah Provinsi Riau mengisytiharkan status darurat banjir dari 22 Disember 2023 hingga 31 Januari 2024, iaitu 40 hari.

Banjir buruk mula dilaporkan di Riau pada 1 Januari, apabila ia menyebabkan ribuan keluarga di Siak, Pelalawan, Pekanbaru, Dumai dan Indragiri Hulu dilaporkan terjejas.

Gabenor Riau, Encik Edy Natar Nasution, melakukan kunjungan ke lokasi banjir di Kilometer 75 lebuh raya Trans Sumatra, yang tidak boleh dilalui kenderaan akibat banjir.

Bencana itu turut menyebabkan ribuan rumah, 79 prasarana awam, 49 sekolah, enam kemudahan kesihatan dan beberapa bangunan pemerintah serta kemudahan awam dan tempat ibadah mengalami kerosakan. Hujan turut menyebabkan tanah runtuh di Kabupaten Tebo dan memusnahkan 820 hektar kawasan pertanian.

Sementara itu, penguasa daerah Bandung di Jawa Barat telah mengisytiharkan darurat di Bandung dari 13 hingga 20 Januari 2024 menyusuli banjir di beberapa kawasan di situ.

“Status respons kecemasan terhadap bencana banjir diwujudkan sejak tiga hari lalu. Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) menyediakan dapur awam dan sebagainya,” kata pegawai daerah Bandung, Encik Dadang Supriatna, pada 16 Januari.

Encik Supriatna berkata status kecemasan itu dilaksanakan selama tujuh hari dan akan dilanjut atau dipendekkan bergantung pada situasi di lapangan.

“Penentuan status respons kecemasan bencana boleh dilanjutkan atau dipendekkan mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan,” katanya.

Menurut Encik Supriatna, penentuan status kecemasan itu sebagai langkah mengendalikan banjir dan bencana hidrometeorologi lain yang memberi kesan kepada kawasan itu sejak 11 Januari 2024.

Sementara itu, Ketua BNPB, Encik Suharyanto, berkata pihaknya menyediakan bantuan sebanyak Rp350 juta ($30 juta) bagi menyokong pengendalian banjir di daerah Bandung.

Pasukan penyelamat bersama telah membina pusat gerakan operasi di Riau dan Bandung untuk mengurangkan kesan bencana selain menyediakan makanan dan bekalan lain untuk mangsa yang dipindahkan.– Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >