Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Remaja Afghan ditembak mati lepas serang kereta api Jerman

Jul 19, 2016 | 09:47 AM



BERLIN: Polis Jerman menembak mati seorang remaja lelaki Afghan berusia 17 tahun pada lewat Isnin (18 Julai), selepas dia menyerang penumpang kereta api dengan kapak dan pisau, menyebabkan empat orang cedera parah dalam apa yang seorang pegawai berkata "mungkin serangan pelampau Islam".



Beberapa orang lain turut cedera dalam serangan ke atas kereta api wilayah berhampiran bandar selatan Wuerzburg, ujar polis, yang menambah remaja berkenaan dibunuh semasa cuba melarikan diri.



Jurucakap polis Fabian Hench berkata empat orang cedera teruk sementara beberapa yang lain dirawat kerana terkejut.



Menteri Dalam Negeri wilayah Bavaria, Encik Joachim Herrmann, berkata penyerang seorang remaja lelaki Afghan berusia 17 tahun yang tinggal di Ochsenfurt.



"Dia tiba-tiba menyerang penumpang dengan pisau dan kapak, mencederakan dengan parah beberapa penumpang. Sesetengah daripada mereka sekarang mungkin bertarung nyawa," katanya.



Bagaimanapun, Encik Herrmann, yang bercakap di televisyen awam Jerman, berkata masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai motif penyerang itu, yang katanya dipercayai tinggal di rumah bagi budak bawah umur sendirian di Ochsenfurt.



Sebelum itu, seorang jurucakap kementerian berkata "ini mungkin satu serangan pelampau Islam".



Media Jerman, yang memetik jurucakap itu, melaporkan remaja tersebut menjerit 'Allahuakbar' semasa serangan itu, tetapi kedua-duanya, Encik Herrmann dan Encik Hench, berkata mereka tidak dapat mengesahkan itu.



Serangan tersebut berlaku sekitar 9.15 malam (3.15 pagi waktu Singapura) di kereta api yang bergerak antara Treuchtlingen dan Wuerzburg di Bavaria.



Tiada maklumat lanjut mengenai bagaimana remaja itu mati. Satu unit polis khas kebetulan berada berhampiran dan dapat bergerak cepat, kata Encik Hermann.



Pada Mei, seorang lelaki kurang siuman berusia 27 tahun melakukan serangan serupa di sebuah kereta api wilayah di selatan, membunuh satu orang dan mencederakan tiga.



Laporan awal mencadangkan dia melaung 'Allahuakbar', tetapi polis kemudian berkata tidak ada bukti menunjuk motif agama. Dia sedang ditahan di sebuah hospital psikiatri. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >