Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Remaja Amerika tembak keluarga apabila dikejut supaya pergi ke sekolah

Mar 02, 2016 | 12:56 PM



SEORANG remaja didakwa menembak keluarganya selepas bertengkar dek disuruh bangun dan pergi ke sekolah.

Menurut sebuah akhbar tempatan The Tennessean, pergaduhan sengit tercetus apabila seorang saudara cuba mengejut remaja berumur 16 tahun itu, yang tidak dinamakan, daripada tidur di apartmen mereka di East Nashville, Tennessee, pada pagi Selasa (1 Mac).

"Satu pertengkaran mengenai bangun dan bersiap sedia untuk hari itu berlaku apabila dia berlari ke almari, mendapatkan pistol 9mm dan melepaskan tembakan," kata jurucakap polis Nashville, Encik Kris Mumford, kepada akhbar itu.

Nenek remaja tersebut yang berusia 67 tahun, Earline Hill, ditembak dua kali. Adik perempuannya berusia 12 tahun dan anak saudaranya berumur enam tahun digeser peluru.

Ketiga-tiga mereka dibawa ke hospital dan dijangka pulih sepenuhnya, kata akhbar itu.

Remaja itu turut menembak ibunya, Cik Sheryl Williams, 42 tahun, tetapi tidak mengena apabila beliau mengelak di belakang sofa di ruang tamu.

Adik perempuannya yang berusia dua tahun juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Remaja itu kemudian melemparkan pistol tersebut di sebuah apartmen berhampiran dan melarikan diri dengan berjalan kaki, kata polis.

Jurucakap sekolah berkata enam sekolah berdekatan, termasuk satu yang menjadi tempat mengundi bagi pilihan raya utama Tennessee, terpaksa dikunci kerana kejadian itu.

Remaja tersebut ditahan selepas polis mengesan dia berjalan di sepanjang satu set trek kereta api, kurang satu kilometer dari rumahnya.

Pistol itu akhirnya ditemui, tetapi polis berkata keluarga remaja tersebut berkata mereka tidak sedar ia ada di dalam almari.

Remaja itu telah didakwa di Mahkamah Juvenil dengan empat pertuduhan cubaan pembunuhan dan satu tuduhan membahayakan dengan tindakan melulu.

Menurut kenyataan Jabatan Polis Metropolitan Nashville, remaja itu menghadiri Pusat Pembelajaran Alternatif Johnson, yang mengambil pelajar yang dibuang sekolah lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >