Remaja Australia akui salah bagi tuduhan pengganasan

SYDNEY: Seorang remaja Melbourne yang ditahan selepas polis mendapati bahan letupan di rumahnya, mengaku bersalah pada Isnin (14 Dis) bagi satu pertuduhan berkaitan pengganasan.

Kes itu menonjolkan kebimbangan mengenai radikalisasi belia berikutan penangkapan seorang budak lelaki 15 tahun di Sydney minggu lalu dalam serbuan polis.

Remaja 17 tahun itu merancang menyerang menggunakan peranti letupan, kata polis pada Mei apabila mereka menyerbu rumahnya di Greenvale, 20 kilometer ke utara Melbourne.

Budak itu, yang namanya tidak boleh disiarkan kerana usianya, mengaku bersalah atas satu tuduhan "melibatkan diri dalam suatu perbuatan sebagai persiapan, atau bagi merancang, satu perbuatan pengganasan", lapor Australian Associated Press.

Dua tuduhan lain tidak diteruskan setelah dia mengaku bersalah.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 51
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.