WASHINGTON: Polis Britain menahan seorang remaja atas dakwaan menggodam komputer, ketika laporan media menyebut dia disyaki menceroboh akaun peribadi pegawai perisik tertinggi Amerika Syarikat.
Laporan itu menyusuli siri serangan penggodam dengan nama skrin "Cracka" yang menyasarkan pegawai kanan di Agensi Risik Pusat (CIA), Biro Siasatan Federal (FBI), Keselamatan Dalam Negeri, Rumah Putih dan agensi federal lain.