Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Remaja dalam kes 'jam disangka bom' tuntut $21j dari sekolah, bandar Texas

Nov 24, 2015 | 03:07 PM



CHICAGO: Remaja Islam yang ditangkap apabila seorang gurunya menyangka jam yang dibuatnya adalah bom, mengugut akan menyaman sekolahnya dan bandar Irving, Texas sebanyak AS$15 juta ($21 juta), kata peguamnya pada Isnin (23 Nov).


Ahmed Mohamed, 14 tahun, menjadi sensasi semalaman September lalu selepas kakaknya menghantar tweet gambarnya, yang bercita-cita menjadi pencipta, digari ketika memakai kemeja-T dengan logo agensi angkasa lepas Amerika, Nasa.


Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, menyertai orang ramai menyokongnya dengan mengucapkan tahniah bagi kemahiran dan menjemputnya membawa jam itu ke Rumah Putih dalam apa yang dilihat sebagai satu teguran tajam terhadap sekolah dan pegawai polis di tengah-tengah tuduhan Islamofobia.


Jemputan mencurah-curah daripada Facebook, Google, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Mohamed kemudian mengirim tweet gambar lawatannya ke Makkah, New York, Sudan dan Qatar.


Bagaimanapun, peguamnya menegaskan ada kegelapan di sebalik kemasyhuran itu, yang menyebabkan "trauma psikologi teruk", menurut surat yang memberitahu bandar dan daerah sekolah tentang tuntutannya.


Anak pendatang Sudan yang tinggal di pinggir bandar Dallas itu membawa jam buatannya sendiri ke sekolah untuk menarik perhatian seorang guru baru di Sekolah Tinggi MacArthur.


Sebaliknya, Mohamed dituduh cuba menakut-nakutkan orang dengan bom palasu dan diiringi keluarga dari sekolah dengan tangannya digari.


Peguam Ahmed menegaskan bahawa sekolah, pasukan polis dan pegawai bandar itu melanggar haknya dengan menuduh dan menahan dia dan kemudian memutuskan untuk "mengecamnya" apabila media mendapat tahu tentang kejadian tersebut.


"Ahmed jelas sekali dijadikan sasaran kerana bangsa, negara asal dan agamanya," tulis peguam Kelly Hollingsworth.


Surat itu menyatakan bahawa Mayor Irving, Cik Beth Van Duyne, menyebut jam tersebut sebagai "bom palsu" dalam rancangan televisyen Glenn Beck dan mengangguk apabila Beck dan tetamu lain menyebutkan kisah itu sebagai "operasi mempengaruhi" untuk melanjutkan "jihad tamadun".


Perbuatan itu menjejaskan peluang Ahmed dan keluarganya tinggal dalam keadaan selamat di Amerika, dan satu fitnah, ujar peguamnya.


Keluarga itu menerima e-mel ancaman dan meninggalkan rumah mereka selepas alamat mereka didedahkan.


Mereka akhirnya berpindah ke Qatar selepas Mohamed ditawarkan biasiswa.


Peguamnya menuntut ganti rugi sebanyak AS$5 juta daripada sekolah itu dan AS$ 10 juta dari bandar Irving dan berkata mereka akan memfailkan saman sivil jika tidak menerima jawapan dalam tempoh 60 hari. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >