Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Remaja Malaysia yang ditemui kebuluran kini kian pulih

Jul 25, 2014 | 06:17 PM



SEREMBAN: Muhammad Firdaus Dullah, yang sebelum ini didapati hidup dalam keadaan kebuluran di Nilai bulan lalu, telah dibenarkan keluar dari hospital.


Muhammad Firdaus, 15 tahun, akan tinggal di rumah kebajikan kendalian kerajaan Malaysia selepas Jabatan Kebajikan Negeri mendapat perintah penjagaan daripada Mahkamah Majistret, kata pengarah jabatan, Encik Abdullah Hanapi.


"Perintah itu akan berkuatkuasa selama sebulan. Jika kami tidak dapat mencari mana-mana ahli keluarga atau saudara-mara untuk menjaga dia, kami akan memohon bagi sebuah perintah tetap untuk Muhammad Firdaus tinggal bersama kami," kata beliau.


Remaja yang lumpuh dan terencat akal itu didapati kebuluran dan teramat kurus oleh para pegawai imigresen yang menjalankan pemeriksaan ke atas pendatang tanpa izin.


Namun, kini beliau kelihatan lebih sihat.


Muhammad Firdaus, yang ditimbang kurang daripada 15 kilogram bila dia tiba di hospital, kini seberat 22 kilogram.


Ibu kepada Muhammad Firdaus, 40 tahun, telah didakwa pada 27 Jun lalu dengan tuduhan mengabaikan dan menyebabkan sakit emosi dan kecederaan anaknya.


Kesnya sedang dibicarakan lagi di Mahkamah Sesyen berhampiran hospital di mana Muhammad Firdaus dirawat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >