Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rempuh perarakan Krismas: Lelaki hadapi tuduhan bunuh

Nov 25, 2021 | 05:30 AM



WAUKESHA(Wisconsin): Lelaki yang dituduh merempuh kenderaannya dalam perarakan Krismas berhampiran Wilwaukee muncul di mahkamah kelmarin sejak insiden pada hujung minggu dan didakwa membunuh, sedang jumlah kematian meningkat kepada enam orang.



Angka kematian itu naik selepas pendakwa raya berkata seorang budak lelaki lapan tahun telah meninggal - kematian pertama seorang kanak-kanak dalam kejadian itu.



Darrell Brooks, 39 tahun, hadir di mahkamah Waukesha County Circuit dengan mahkamah menetapkan ikat jamin AS$5 juta ($6.8 juta).



Pihak berkuasa berkata Brooks sengaja memandu kereta jenis SUV itu merempuh penghadang polis pada Ahad dan perarakan tahunan di bandar Waukesha, kira-kira32 km ke barat Milwaukee.



Ikat jamin tinggi itu dibuat selepas Brooks dibebaskan daripada tahanan dalam kes lain dengan membayar bon AS$1,000 pada 11 November. Pejabat peguam daerah Milwaukee County menyatakan jumlah itu amat rendah dan "tidak wajar" memandangkan pertuduhan baru terhadapnya.



Kelmarin, Brooks dihadapkan dengan lima tuduhan membunuh dengan sengaja, menurut pendakwa raya, yang mengatakan dia mempunyai sejarah jenayah di tiga negeri.



Pertuduhan itu dibuat sebelum kematian kanak-kanak berusia lapan tahun itu didedahkan. Pendakwa raya berkata lebih banyak pertuduhan menanti.



Di samping mangsa yang terbunuh, lebih 60 orang cedera.



Brooks, seorang penduduk Milwaukee, ditangkap berhampiran tempat kejadian pada Ahad. Polis telah menolak motif pengganasan dan berkata Brooks, yang diikat jamin daripada kes penderaan rumah tangga, bertindak sendirian.



Polis tidak mengejar Brooks ketika dia merempuh keretanya laluan perarakan, tetapi seorang pegawai melepaskan tembakan untuk cuba menghentikan kenderaannya, kata Ketua Polis Waukesha Daniel Thompson.



Mangsa yang terbunuh berusia antara lapan dengan 81 tahun, termasuk beberapa anggota kumpulan perarakan "Milwaukee Dancing Grannies".



Mangsa kecederaan mengalami luka serius di kepala dan dibawa ke hospital Kanak-kanak Wisconsin di Milwaukee. Ada yang disenaraikan dalam keadaan kritikal, kata pegawai.



Sekurang-kurangnya dua daripada kanak-kanak itu telah dibenarkan pulang.



Insiden itu menarik perhatian Presiden Joe Biden, yang menyebut serangan itu "mengerikan".



Pihak Vatican juga menghantar ucapan takziah kepada uskup Katolik Roman Milwaukee. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >