Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rempuhan maut di stadium: Dua pegawai perlawanan Indonesia dijel

Mar 10, 2023 | 05:30 AM



SURABAYA: Sebuah mahkamah Indonesia pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara ke atas dua pegawai perlawanan bola sepak kerana didapati cuai dalam satu kejadian rempuhan paling teruk dalam sejarah tragedi sukan di negara itu.



Rempuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, pada 22 Oktober 2022 itu mengakibatkan seramai 135 penonton terbunuh selepas polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penonton yang penuh sesak apabila penyokong menceroboh masuk ke padang.



Beratus-ratus orang melarikan diri, mencari jalan keluar yang sempit, mengakibatkan rempuhan yang menyebabkan ramai terpijak atau lemas, termasuk lebih 40 kanak-kanak.



Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Abu Achmad Sidqi Amsya selepas penganjur perlawanan, Abdul Haris, didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian orang awam.



"Saya menjatuhkan hukuman penjara setahun setengah ke atas defendan," katanya.



Ia adalah keputusan pertama Indonesia mengenai tragedi itu.



Pihak pendakwa pada awal perbicaraan memohon hukuman penjara lebih enam tahun terhadap defendan manakala seorang lagi defendan, pegawai keselamatan, Suko Sutrisno, didapati bersalah kerana cuai dan dijatuhi hukuman penjara setahun.



Seorang lagi pegawai perlawanan akan mendengar keputusannya pada Khamis ini, manakala tiga lagi pegawai polis turut didakwa atas kesalahan yang sama dan kes mereka akan diputuskan kemudian.



Abdul Haris adalah Pengerusi Jawatankuasa Arema FC, yang pernah mengendalikan pasukan Pusat Krisis atau Pusat Informasi Korban bagi menerima laporan serta menguruskan mangsa yang dirawat di hospital ketika tragedi itu berlaku pada Oktober lalu.



Dalam kejadian itu, perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya berakhir dengan kekecohan dan menyaksikan 135 penonton terbunuh termasuk 40 kanak-kanak.



Sementara itu, puluhan lagi dilaporkan cedera ketika cuba melarikan diri untuk keluar selepas polis bertindak dengan menembak gas pemedih mata ke arah orang ramai. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >