Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rempuhan Mina: Pihak berkuasa Saudi dan jemaah saling menyalahkan

Sep 25, 2015 | 12:31 PM



MINA: Pihak berkuasa Arab Saudi hari ini (25 Sep) dipersalah bagi tragedi rempuhan semasa jemaah melontar jamrah di Mina yang membunuh sekurang-kurangnya 717 orang.


Ia kemalangan maut kedua yang menimpa jemaah bulan ini, selepas kejadian kren runtuh di Makkah, membunuh lebih 100 orang.


Di tempat kejadian, mayat dalam keadaan tertimbun dan barang-barang peribadi tersepah sedang pekerja menyelamat meletak mayat di pengusung yang disusun panjang, ada dengan anggota badan terkeluar dari bawah kain putih.


Sekurang-kurangnya orang 717 mati dan 863 cedera dalam tragedi yang berlaku pada 9 pagi Khamis (2 petang 23 September waktu Singapura) itu, sedang umat Islam diseluruh dunia menyambut Hari Raya Korban.


Perkhidmatan pertahanan awam Arab Saudi berkata ia masih mengira bilangan korban.


Iran mengumumkan 90 rakyatnya terkorban, sambil menuduh Arab Saudi melakukan kesilapan keselamatan.


Jemaah haji menyalahkan pihak berkuasa dan ada berkata mereka takut untuk meneruskan ibadah haji.


Raja Salman mengarahkan "semakan" ke atas pengaturan ibadah haji supaya jemaah boleh "menjalankan ibadah mereka dalam keadaan penuh selamat", ujar Agensi Akhbar Saudi.


Putera Mahkota Mohammed bin Nayyef, yang mempengerusikan jawatankuasa haji negara itu, pula mengarahkan suatu siasatan.


Seorang menteri Arab Saudi menyalahkan jemaah kerana tidak mengikuti peraturan haji.


"Ramai jemaah bergerak tanpa mengikut jadual yang ditetapkan," kata Menteri Kesihatan Khaled al-Falih kepada televisyen El-Ekhbariya.


"Jika jemaah haji ikut arahan, kemalangan seperti ini boleh dielak."


Saksi, bagaimanapun, menyalahkan pihak berkuasa.


"Terdapat kesesakan," kata Encik Ahmed Abu Bakr, warga Libya berusia 45 tahun yang melarikan diri daripada rempuhan itu bersama ibunya.


"Polis menutup semua pintu masuk dan keluar ke kemah jemaah, membuka hanya satu.".


Menurut Encik Abu Bakar, polis kelihatan tidak berpengalaman dan "tidak tahu jalan dan tempat di sekitar sini". - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >