Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA PERTENGAHAN PENGGAL AMERIKA SYARIKAT

Republikan mungkin menang Dewan Perwakilan

Nov 10, 2022 | 05:30 AM



PHOENIX (Arizona): Parti Republikan sejauh ini kelihatan berjaya merampas penguasaan Parti Demokrat dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pimpinan Presiden Joe Biden berdasarkan keputusan awal dalam pilihan raya pertengahan kelmarin.



Dengan pusat mengundi ditutup di kebanyakan negara, Parti Republikan berjaya menawan lima kerusi Demokrat di Dewan Perwakilan - jumlah yang diperlukan untuk menguasai majoriti dan melumpuhkan agenda perundangan Presiden Biden - menurut ramalan Edison Research.



Namun jumlah itu boleh berubah kerana keputusan bagi hampir 200 daripada 435 kerusi yang dipertandingkan masih belum diumumkan termasuk beberapa penyandang Republikan yang goyah.



Keputusan awal membayangkan pihak Demokrat akan mengelak kekalahan teruk yang ditakuti sesetengah pihak dalam parti, memandangkan penilaian prestasi Presiden Biden yang merosot dan kekecewaan pengundi tentang inflasi.



Tetapi majoriti Dewan Republikan yang tipis juga akan dapat menyekat keutamaan Encik Biden, sambil melancarkan siasatan yang boleh menjejas pentadbiran dan keluarganya.



Pertandingan Dewan Senat Amerika juga masih sukar ditentukan dengan pertandingan penting di Pennsylvania, Nevada, Georgia dan Arizona semuanya kelihatan seperti boleh dimenangi mana-mana pihak.



Pertandingan di Georgia pula boleh menyebabkan undian kedua pada 6 Disember. Ini mungkin menentukan siapa akan mengawal Senat.



Pihak Demokrat kini menguasai Senat dengan Naib Presiden, Cik Kamala Harris, mampu memutuskan mana-mana keputusan seri 50-50.



Sebagai tambahan kepada setiap kerusi Dewan, 35 kerusi Senat dan tiga dozen kerusi gabenor juga dipertandingkan.



Sejauh ini, Gabenor Florida, Encik Ron DeSantis, berjaya mengalahkan wakil Demokrat, Encik Charlie Crist, menurut Edison.



Keputusan akhir tidak mungkin diketahui dalam masa terdekat. Lebih 46 juta rakyat Amerika mengundi menjelang Hari Pilihan Raya, sama ada melalui pos atau secara peribadi, menurut data Projek Pilihan Raya Amerika, dengan pegawai pilihan raya negeri memberi isyarat bahawa kiraan undi akan mengambil masa.



Inflasi yang tinggi dan isu pengguguran bayi merupakan kebimbangan utama pengundi, menurut tinjauan.



Pegawai tempatan melaporkan masalah terpencil di beberapa tempat, termasuk kekurangan kertas undi di daerah Pennsylvania.



Di Maricopa County, Arizona - medan pertandingan utama - seorang hakim menolak permintaan pihak Republikan supaya melanjutkan masa mengundi selepas beberapa mesin kiraan tidak berfungsi.



Masalah itu mencetuskan dakwaan tanpa bukti dalam kalangan mantan presiden, Encik Donald Trump, dan penyokongnya bahawa kerosakan itu disengajakan.



Sebilangan besar calon Republikan telah mengulangi dakwaan palsu Encik Trump bahawa kekalahannya pada 2020 kepada Encik Biden disebabkan penipuan undi yang meluas.



Di negeri seperti Arizona, Michigan dan Nevada, calon Republikan bagi kerusi pilihan raya negeri masing-masing menyokong kepalsuan yang disebarkan Encik Trump, menimbulkan ketakutan dalam kalangan pihak Demokrat bahawa jika mereka menang, mereka boleh mengubah keputusan pilihan raya presiden 2024.



"Mereka menafikan bahawa pilihan raya lalu adalah sah," kata Encik Biden dalam rancangan radio yang ditujukan kepada pengundi kulit hitam.



"Mereka tidak pasti mereka akan menerima keputusan melainkan mereka menang."



Encik Trump, yang membuang undi di Florida, sering membayangkan keinginan bertanding buat kali ketiga.



Isnin lalu, beliau berkata akan membuat "pengumuman besar" pada 15 November.



Parti yang menduduki Rumah Putih hampir selalu kehilangan kerusi dalam pilihan raya pertengahan penggal, tetapi pihak Demokrat berharap keputusan Mahkamah Agung Jun lalu membatalkan hak pengguguran di seluruh negara akan membantu mereka mengubah sejarah itu.



Namun, kadar inflasi tahunan yang sangat tinggi pada kadar 8.2 peratus telah menjejas peluang mereka sepanjang kempen. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >