Riau dan Kukup bakal disambung terowong bawah laut?

JOHOR BAHRU: Rancangan sedang dibuat untuk menghubungkan Riau di Sumatera, Indonesia, dengan Kukup di Pontian, Johor, melalui satu terowong bawah laut sepanjang 17.5 kilometer (km).

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kabupaten Pelalawan di Wilayah Riau sedang menjalankan kajian kemungkinan mengenai projek bernilai berbilion ringgit itu.

Bakal dikenali sebagai Johor-Riau Link, terowong itu akan menyambungkan Pulau Karimun di Riau dengan Kukup di Pontian, dekat terminal feri yang ada sekarang di daerah Pontian.

"Projek itu lebih berkesan kos dan berdaya maju dengan kos sekitar RM15 bilion ($5.8 bilion) berbanding dengan jambatan Dumai-Melaka yang dianggarkan menelan RM44.3 bilion," kata dekan UTM Construction Research Alliance, Profesor Dr Muhd Zaimi Abd Majid, kepada wartawan pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara universiti terseut dengan Kabupaten Pelalawan, yang diwakili ketua daerahnya, Encik Muhammad Harris.

Encik Muhammad berkata, selain terowong 17.5km itu, Johor-Riau Link juga termasuk beberapa jambatan yang akan menghubungkan pulau-pulau di perairan Riau ke Pulau Karimun dan bersambung ke terowong laut itu. - The Star.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 32
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.