Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan berarak sokong keluarga Muslim korban serangan trak di Canada

Jun 13, 2021 | 05:30 AM



LONDON (Ontario): Ribuan orang mengadakan perarakan tanda memberi sokongan kepada sebuah keluarga Muslim di bandar di Canada ini yang dibunuh dalam satu jenayah kebencian baru-baru ini.



Mereka dilanggar dengan sengaja oleh seorang lelaki yang memandu sebuah trak pikap pada Ahad lalu.



Empat mangsa itu, merangkumi tiga generasi daripada sebuah keluarga, dibunuh Nathaniel Veltman, 20 tahun, yang merempuh mereka sedang keluarga itu bersiar-siar di kejiranan mereka.



Anggota keluarga kelima, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun terselamat dan sedang dirawat di hospital.



Ribuan orang daripada pelbagai kaum dan agama di bandar London di Ontario ini berjalan sejauh tujuh kilometer dari tapak keluarga berkenaan dibunuh hingga ke sebuah masjid berhampiran, tempat Veltman ditangkap polis.



Veltman, seorang penduduk London, telah dikenakan empat tuduhan membunuh tahap pertama dan satu tuduhan cuba membunuh. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >