Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PASCA PERCUBAAN KUDETA DI TURKEY

Ribuan dipercayai terbabit diberkas

Jul 18, 2016 | 05:30 AM



ISTANBUL: Pihak berkuasa Turkey dilaporkan telah menahan seorang jeneral kanan tentera udara dan pegawai lain yang dituduh menyokong kudeta mengguling Presiden Recep Tayyip Erdogan.



Mereka ditahan di sebuah pangkalan udara utama yang digunakan tentera Amerika Syarikat untuk serangan di Syria.



Brigadier jeneral angkatan udara Bekir Ercan Van ditahan bersama lebih sedozen pegawai rendah pada hari Sabtu di pangkalan tentera udara Incirlik di wilayah Adana di selatan Turkey, lapor media tempatan.



Mereka kini disoal siasat kata laporan itu.



Seorang pegawai Turkey memberitahu AFP kelmarin bahawa Ankara mengesyaki Incirlik telah digunakan untuk mengisi minyak pesawat tentera yang "dirampas" komplot kudeta Jumaat lalu.



Pangkalan itu telah menjadi hab utama bagi tentera Amerika selepas Turkey bersetuju membenarkan Amerika menggunakannya bagi menjalankan serangan ke atas pelampau di Syria, tahun lalu.



Namun, pihak berkuasa Turkey mengenakan sekatan keselamatan di pangkalan itu berikutan rampasan kuasa, kata konsulat AS di Adana.



Sementara itu, operasi dari pangkalan udara Incirlik dihentikan sedang ruang udara yang digunakan bagi misi telah ditutup, kata jurucakap Pentagon, Encik Peter Cook, dalam satu kenyataan.



Pemerintah Turkey mengesahkan penahanan hampir 3,000 askar yang disyaki terlibat dalam pemberontakan yang bermula pada Jumaat malam tetapi ditumpaskan menjelang pagi.



Stesen televisyen NTV berkata seramai 34 jeneral pelbagai gred telah ditahan setakat ini, termasuk tokoh kanan seperti Erdal Ozturk, seorang komander tentera ketiga, dan komander tentera kedua yang berpangkalan di Malatya, Adem Huduti.



Pihak berkuasa telah menjalankan serbuan di pangkalan tentera di seluruh Turkey untuk mencari mereka yang disyaki menyokong rampasan kuasa, yang telah meragut sekurang-kurangnya 265 nyawa.



Tindakan keras itu bagaimanapun tidak terhad kepada tentera dan agensi berita Anadolu berkata pendakwa raya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap sejumlah 2,745 hakim dan pendakwa di seluruh Turkey.



Siasatan itu diterajui pendakwa raya Ankara dan mereka yang ditahan disyaki menyokong pendakwah yang berpangkalan di Amerika, Encik Fethullah Gulen, yang dituduh Turkey sebagai mendalangi rampasan kuasa. Gulen menafikan tuduhan itu. - AFP.



Laporan lanjut: Penyokong Erdogan sambut kegagalan kudeta tentera




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >