Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan dipindahkan di Taiwan dek taufan Nepartak

Jul 08, 2016 | 10:24 AM



TAIPEI: Taufan Nepartak memukul Taiwan dengan angin kuat dan hujan lebat apabila ia melanda awal pagi Jumaat (8 Julai), memaksa ribuan orang meninggalkan rumah mereka dan ratusan penerbangan dibatalkan serta pejabat dan sekolah ditutup.



Membawa ribut sekencang 234 kilometer sejam, taufan itu mencapai darat di bandar Taimali, di timur daerah Taitung sejurus sebelum 6 pagi.



Seorang lelaki mati lemas di sebuah pantai di daerah Hualien pada Khamis, menurut kiraan rasmi.



Hampir 9,000 orang dipindahkan dari rumah mereka yang terdedah kepada tanah runtuh atau banjir.



Sebanyak 97,000 keluarga kehilangan kuasa akibat taufan itu, dengan lebih 70,000 masih tiada bekalan elektrik pada pagi Jumaat.



Pemerintah berkata pasaran kewangan dan semua sekolah serta pejabat akan ditutup pada Jumaat.



Kebanyakan penerbangan domestik yang dijadualkan telah dibatalkan, manakala 365 penerbangan antarabangsa terjejas, kata dua lapangan terbang utama Taipei.



Biro Pusat Cuaca Taiwan berkata taufan itu telah menjadi lemah sedikit selepas mencapai darat tetapi akan terus menyebabkan hujan lebat di seluruh pulau itu bagi sebahagian besar Jumaat.



Nepartak dijangka melanda selatan China selepas pemukul Taiwan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >