Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan mula beri penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II

Sep 14, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Ribuan orang mula berkumpul di London semalam - dua hari lebih awal - bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II yang jenazahnya telah diterbangkan dari Scotland ke England untuk ditempatkan di Istana Westminster.



Seorang daripada mereka dilihat membeli surat khabar yang memaparkan gambar dirinya bertemu dengan Ratu United Kingdom itu, sementara seorang lagi dilihat membeli cenderahati yang menunjukkan gambar Ratu Elizabeth.



"Saya memberitahu anak-anak perempuan saya bahawa saya pasti akan memberi penghormatan terakhir secara peribadi. Saya berasa senang beratur, meskipun barisannya sangat panjang," kata Cik Vanessa Nanthakumaran, antara tiga orang pertama yang telah pun sedia menunggu di kawasan terbuka lebih 48 jam lebih awal.



Barisan orang yang beratur dijangka menular mencecah beberapa kilometer sepanjang Sungai Thames.



"Ia satu yang emosi dan saya tidak tahu bagaimana saya merasakannya nanti sebagai antara orang pertama," kata Cik Nanthakumaran, 56 tahun, seorang pembantu pentadbiran asal Sri Lanka.



"Ia merupakan peluang sekali seumur hidup untuk menjadi sebahagian acara unik ini," katanya kepada agensi berita AFP.



Ratu Elizabeth menghembuskan nafas terakhirnya pada Khamis lalu di rumah percutian di Balmoral, Scotland, sebelum kerandanya di bawa sepanjang Royal Mile kelmarin untuk diletakkan di Gereja St Giles selama 24 jam.



Sejak kemangkatan Ratu Elizabeth II pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, satu siri rancangan disusun dengan teliti untuk meratapi pemerintahan Ratu Britain selama 70 tahun itu.



Keranda yang diperbuat daripada kayu oak, yang disarungkan Royal Standard of Scotland dengan kalungan bunga di atasnya, dibawa dengan kereta dalam perjalanan enam jam dari Balmoral melalui kawasan desa, kampung, pekan kecil dan bandar Scotland ke Edinburgh.



Menurut Cik Marie Claire Cross, 55 tahun, beliau beratur sejak 11 pagi untuk memasuki gereja sebelum dibenarkan berbuat demikian tujuh jam kemudian.



"Ia sangat indah, sangat tenang dan damai.



"Saya berasa kagum kerana berada di dalam gereja bersama Ratu Elizabeth yang selama ini disanjungi. Ia sangat menakjubkan dalam semua kata dan sedih pada masa yang sama."



Rakaman televisyen menunjukkan orang ramai berjalan perlahan melepasi keranda yang disarungkan bendera Standard Diraja Scotland dan dihiasi kalungan bunga putih dan mahkota Scotland, yang digunakan dalam pertabalan Raja Scotland.



Pesara, Encik Michael Hainsworth, 70 tahun, antara yang pertama memasuki gereja Edinburgh.



"Kami semua sangat bersedih. Ia sangat emosi. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata," katanya sambil menenangkan isterinya yang sebak.



Empat pengawal istiadat daripada Royal Company of Archers berdiri di empat penjuru keranda.



Selama kira-kira 10 minit, mereka kemudian disertai oleh Raja Charles dan tiga adik-beradiknya, yang bertafakur di sisi ibu mereka.



Keranda yang membawa jenazah Ratu Elizabeth diterbangkan dari Edinburgh ke London untuk upacara penghormatan terakhir di Istana Wesminster mulai esok hingga pengebumiannya pada Isnin ini.



Bagi Encik Peter Cliff, 66 tahun, melihat keluarga diraja bersedih membuatkan mereka benar-benar terasa kehilangannya. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >