Ribuan pegawai polis Malaysia diperintah langsingkan badan

KUALA LUMPUR: Kepenatan dan bermandi peluh, pegawai polis Malaysia, Encik Mohamad Ra'ayim Jemahir, berusaha mencapai apa yang sukar dicapai: susuk tubuh sihat.

Beliau, seberat 102kg, antara pegawai polis gemuk Malaysia yang diperintah melangsingkan badan dek kebimbangan ukuran pinggang mereka boleh mengehadkan kebolehan mereka melawan jenayah.

Polis Diraja Malaysia berkata kira-kira 11,000 daripada 122,000 pegawainya - hampir 10 peratus - mempunyai berat badan berlebihan, menyebabkan bertambah kes tidak bertugas dek masalah kesihatan dan kehilangan berjuta dolar akibat kehilangan produktiviti.

Masalah ini tidak berlaku di Malaysia sahaja, tetapi ia telah mencapai kadar membimbangkan di negara ini.

Encik Zulkifli Abdullah, pengarah pengurusan polis, berkata lebih ramai pegawai mengalami kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit berkaitan berat badan berlebihan lain, dan purata 560 pegawai melapor sakit setiap hari.

"Pada 2015, kira-kira 200 pegawai meninggal dunia akibat pelbagai penyakit, seperti serangan jantung dan kencing manis," katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata bulan lepas bahawa kenaikan pangkat sekarang akan tertakluk pada ujian kecergasan mandatori.

Bulan lalu, Encik Zulkifli melancarkan program sukarela di ibu pejabat polis di Kuala Lumpur untuk membantu pegawai gemuk melansingkan badan.

Kini tiga dozen pegawai melalui latihan setiap hari dan mesti mematuhi diet yang mengehadkan mereka mengambil 2,000 kalori setiap hari.

Walaupun program itu sekarang hanya dijalankan di ibu pejabat pols, Encik Zulkifli berharap meluaskannya di seluruh negara.

Masalah pegawai gemuk menambah kepada masalah tanggapan negatif awam terhadap polis Malaysia - rasuah dipercayai meluas dalam pasukan itu dan ahli politik kerajaan dituduh secara rutin menggunakan pegawai polis untuk mengganggu lawan politik mereka.

Encik Zulkifli berkata usaha membuang lemak itu penting bagi mengekalkan imej awam dan keberkesanan asas polis.

"Pegawai polis mesti rapi," katanya. "Kami perlu berlari dan membuat tangkapan. Saya tidak fikir seorang pegawai obes boleh seproduktif pegawai langsing dan fit." - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:51
Syuruk
7:14
Zuhur
1:16
Asar
4:39
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.