Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan penduduk kampung lari dari letusan Gunung Sinabung

Jun 19, 2015 | 03:23 PM



JAKARTA: Gunung berapi Sinabung yang mula memuntahkan laharnya menyebabkan lebih 10,000 penduduk kampung berhampiran bergegas melarikan diri sejak beberapa hari lalu untuk menjamin keselamatan diri serta keluarga masing-masing.


Ia juga susulan tindakan pihak berkuasa menaikkan status amaran gunung berapi di Pulau Sumatra pada tahap tertinggi mulai bulan ini.


Sinabung bagaikan "hidup semula" dua tahun lalu meletus minggu lepas dengan menghamburkan abu dan batu panas ke udara.


Tahun lalu, letusan kuat gunung berapi itu membunuh 16 orang dan ketika ini Sinabung mengeluarkan asap hitam tinggi ke udara sehingga menyebabkan kediaman yang terletak jauh dilitupi debu.


"Kira-kira 7,500 penduduk telah dipindahkan dari kampung-kampung mereka susulan letusan gunung berapi itu pada hujung minggu lalu," kata Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Encik Tri Budiarto kepada agensi berita AFP.


"Mereka meninggalkan rumah dengan menaiki motosikal, kereta dan trak tentera. Kesemuanya merupakan penduduk dari enam buah kampung yang terletak dalam zon bahaya di selatan dan tenggara Sinabung.


"Beberapa ribu penduduk meninggalkan kediaman mereka pada awal bulan ini dengan bilangan perpindahan kini mencecah 10,714 orang," tambah Encik Tri.


Penduduk yang berpindah kini berlindung di beberapa bangunan pemerintah dan rumah ibadat di pekan Kabanjahe yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Sinabung.


Sinabung semakin aktif dan memuntahkan batu serta gas panas sejauh 3 kilometer ke udara sebanyak empat kali sehari, kata ketua pos pemerhatian gunung berapi tersebut, Encik Armen Putra.


"Kami masih dapat merasakan gegaran. Debu setinggi satu hingga dua milimeter meliputi jalan dan rumah sejauh 15 km dari kawasan gunung berapi berkenaan," jelasnya lagi. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >