Ribuan, termasuk bintang Bollywood, lari apabila api jilat pentas acara 'Buat di India'

MUMBAI: Satu kebakaran besar menjilat pentas di sebuah persembahan kebudayaan di Mumbai pada Ahad (14 Feb), yang merupakan sebahagian daripada acara minggu 'Buat di India' pemerintah India.

Kebakaran itu berlaku selepas bintang Bollywood, Amitabh Bachchan, membaca puisi di majlis tersebut, yang diadakan di pantai Chowpatty yang popular di selatan ibu negara komersial India ini.

Beribu-ribu orang, termasuk Ketua Menteri Maharashtra, Encik Devendra Fadnavis, terpaksa dipindahkan selepas kebakaran bermula sekitar 8 malam.

Tiada laporan mengenai kecederaan.

Encik Fadnavis berkata "tempat majlis dikosongkan segera" dan "siasatan menyeluruh mengenai kes kebakaran itu akan dijalankan bagi menentukan puncanya".

Timbalan Pesuruhjaya Polis Mumbai Dhananjay Kulkarni juga berkata tiada laporan mengenai sembarang kecederaan.

Acara itu meraikan budaya Maharashtra sebagai sebahagian daripada minggu 'Buat di India', yang bertujuan menarik pelaburan ke negara itu dan sedang berjalan di bandar barat Mumbai dari 13 hingga 18 Februari.

"Pada mulanya kami menyangka ia (api) sebahagian daripada persembahan, kemudian kita sedar ia bukan sebahagian daripada rancangan itu," kata Prasoon Joshi, seorang penulis lirik India yang berada di majlis itu, kepada saluran berita NDTV. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.