Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan tunjuk perasaan sehari sebelum sidang puncak iklim global

Nov 30, 2015 | 10:43 AM



PARIS: BERIBU-RIBU orang dari seluruh dunia membantah di pusat bandar Paris pada Ahad (29 Nov), mencabar pemimpin dan perunding dunia supaya memuktamadkan perjanjian bagi menyelamatkan bumi daripada bencana perubahan iklim.


Di seluruh dunia, lebih 2,000 acara diadakan di bandar-bandar, termasuk Sydney, Berlin, London, Sao Paulo dan New York, menjadikannya mungkin tindakan iklim terbesar dalam sejarah, sehari sebelum sidang iklim global diadakan di ibu negara Perancis ini, dan berakhir pada 11 Disember.


Hampir 150 pemimpin dunia berada di Paris bagi mengeluarkan gesaan bagi tindakan segera untuk memerangi perubahan iklim demi mengelakkan ribut, banjir dan kemarau yang lebih merosakkan dan kenaikan paras laut yang akan menenggelamkan bandar-badan mega tepi pantai.


Matlamatnya ialah mencapai perjanjian yang menghalang dunia daripada pemanasan melebihi 2 darjah Celcius.


Kerajaan Perancis telah membatalkan perarakan besar yang dirancang diadakan di Paris pada Ahad, berikutan kebimbangan keselamatan selepas militan membunuh 130 orang di Paris dua minggu lalu.


Kira-kira 22,000 pasang kasut ditempatkan di dataran Place de la Republique untuk mewakili orang yang dilarang berarak. Polis kemudian melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang membaling barang pada mereka berhampiran dataran itu.


Sebelum itu, tidak jauh dari dataran tersebut, ribuan penunjuk perasaan menyertai rantaian manusia lebih dua kilometer panjang yang menggesa tindakan kukuh bagi mengatasi perubahan iklim. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >