YANGON: Puluhan ribu orang memenuhi sebuah padang bola sepak di sini kelmarin, sebagai tanda penyatuan di sebuah negara yang dicemari keganasan etnik Muslim Rohingya di rantau sempadan baratnya.
Sami Buddha, biarawati Kristian, penganut Hindu dan Muslim menyertai perhimpunan yang menunjukkan sokongan terhadap cara pemimpin Myanmar, Cik Aung San Suu Kyi, mengendalikan krisis di Rakhine itu.