Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan ziarahi jenazah Ketua Menteri Sarawak

Jan 12, 2017 | 02:34 PM



KUCHING: Beribu-ribu orang daripada semua lapisan masyarakat datang ke sebuah masjid di Kuching pada Khamis (12 Jan) untuk memberi penghormatan kepada Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Rabu.



Keranda Allahyarham tiba di masjid itu dari kediamannya di Santubong pada kira-kira 11 pagi, diiringi balunya, Puan Sri Jamilah Anu, dan lima anak mereka.



Sambil berlinangan air mata, Puan Sri Jamilah berjabat tangan dengan para penziarah dan memberitahu mereka: "Saya kuat."



Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei dijangka menyertai Gabenor Taib Mahmud, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan pemimpin negeri serta persekutuan di upacara pengebumian.



Allahyarham meninggal dunia di Pusat Jantung Kota Samarahan dekat sini pada kira-kira 13.20 tengah hari, dua minggu sebelum ulang tahun ke-73 beliau, lapor Bernama.



Seorang wakil Kuil Buddha Pok Ka, Cik Christine Chiou, antara mereka yang tiba sebelum 9 pagi.



Cik Chiou berkata ramai orang dari kuil itu akan datang untuk memberi penghormatan kepada Allahyarham, yang beliau sifatkan sebagai antara ketua menteri terbaik Sarawak. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >