Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BANJIR DI MALAYSIA

Ribut petir dijangka landa pantai timur Johor

Dec 24, 2021 | 05:30 AM



JOHOR BARU: Penduduk di kawasan pantai timur Johor telah dinasihatkan agar mengambil langkah pencegahan kerana ribut petir dijangka melanda negeri itu dalam masa beberapa hari mendatang.



Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis, berkata ia turut merangkumi kawasan pesisiran serta sungai di Kota Tinggi dan Mersing.



Beliau menggesa orang ramai terutamanya di kawasan berkenaan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti laporan cuaca bagi mengetahui bila hujan lebat dijangkakan.



"Orang ramai harus bersedia bagi menghadapi sebarang kecemasan dan mesti mematuhi arahan pihak berkuasa kerana ia adalah untuk kebaikan mereka," katanya kepada akhbar The Star kelmarin.



Datuk Yahaya menambah, orang ramai harus memeriksa dengan Jabatan Kebajikan tentang kedudukan terdekat pusat bantuan di kawasan mereka dan berpindah serta-merta sebaik paras air meningkat.



"Pergi segera ke pusat bantuan dan bukannya memanjat bumbung kerana ia bahaya dan orang boleh terperangkap untuk jangka masa lama sebelum diselamatkan.



Dalam pada itu, Pahang kini menjadi negeri paling teruk terjejas dengan banjir, setakat pagi semalam.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata semua tujuh negeri masih terjejas kerana kenaikan paras air sungai.



"Setakat pagi ini (semalam), 68,341 mangsa banjir direkodkan di pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negara," katanya .



Beliau berkata, banjir di seluruh negara sudah meragut 37 nyawa, manakala 10 lagi dilaporkan masih hilang.



Menurut laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat, 35,914 mangsa dipindahkan ke 261 PPS seluruh Pahang.



Mereka daripada 10,632 keluarga.



Sementara itu di Kuala Krai, Kelantan, penduduk Kampung Landak Tualang, dekat sini terputus hubungan sejak malam kelmarin akibat banjir.



Pengguna Twitter yang dikenali sebagai 'Zalani Che Awang' mencatatkan, tiada hujan di daerah itu kelmarin tetapi paras air sungai naik dan menenggelamkan beberapa tempat rendah di kampung berkenaan. - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >