Ribut salji lumpuhkan timur laut Amerika

NEW YORK: Gabenor New York dan New Jersey semalam mengisytiharkan keadaan darurat dan menggesa para penduduk agar tidak keluar rumah, ekoran ribut salji yang melanda timur laut Amerika Syarikat sehingga menyebabkan ribuan penerbangan ditunda atau dibatalkan.

Ribut salji besar yang pertama di negara itu pada tahun ini telah menyebabkan suhu menjunam kepada -32 darjah selsius.

Angin kencang pula melanda dari Lembah Mississippi ke pantai Atlantik, dengan sebahagian New England, termasuk Boston, bersiap sedia bagi menghadapi salji setebal 36 sentimeter.

Beberapa lapangan terbang di New York, termasuk Lapangan Terbang LaGuardia telah menyediakan katil kanak-kanak bagi pelancong yang tergendala perjalanan mereka.

Menurut laman web FlightAware, sejauh ini ribut itu telah memaksa 1,807 penerbangan Amerika dibatalkan dan lagi 4,536 ditunda, dengan Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare di Chicago dan Lapangan Terbang Liberty di Newark paling teruk terjejas. - Reuters.

Waktu Solat

Subuh
5:53
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
3 HR PSI: 53
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.