NILAI dolar Singapura meningkat kepada paras tertinggi berbanding ringgit Malaysia selepas Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengekalkan dasarnya untuk "kekalkan dolar Singapura pada laluan kenaikan yang sederhana dan beransur-ansur" sewaktu semakan dasarnya semalam.
Berbanding dolar Singapura, ringgit diniagakan pada RM2.7165 petang semalam - iaitu paras paling rendah yang pernah dicatatkan mata wang ringgit, berdasarkan perangkaan Bloomberg semalam.