Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ringgit dijangka terus naik pada jangka pendek

Apr 06, 2016 | 11:32 AM



KEBANYAKAN penganalisis berpendapat ringgit Malaysia akan terus naik pada jangka pendek.



Mata wang itu pulih berbanding dolar Amerika dan Singapura sejak awal tahun ini, setelah jatuh teruk tahun lalu.



Ia diniagakan pada kadar tukaran kira-kira 2.89 bagi sedolar Singapura pada Selasa (5 Apr) malam, meningkat daripada 3.05 pada 1 Jan, dan pada kadar sekitar 3.92 berbanding dolar Amerika, berbanding 4.29 pada 1 Jan.



Pakar strategi pertukaran asing kanan Credit Suisse, Encik Heng Koon How, berkata kekuatan ringgit tahun ini disebabkan harga minyak pulih daripada AS$28 setong pada Januari kepada kira-kira AS$38 sekarang, lapor akhbar The Straits Times.



Encik Nizam Idris, ketua strategi tukaran asing Macquarie Bank, berkata dasar Rizab Federal Amerika menaikkan kadar faedah juga memainkan peranan menaikkan nilai mata wang Asia, termasuk ringgit.



Pakar strategi tukaran asing Asia Standard Chartered, Encik Divya Devesh, menjangka "kenaikan ringgit terbaik di rantau ini pada 2016" kerana ia masih antara mata wang yang paling dinilai kurang di Asia.



Bagaimanapun, Encik Idris memberi amaran bahawa kenaikan jangka pendek yang dijangka bagi ringgit "menutup kelemahan struktur Malaysia". Beliau berkata negara itu kekal lebih bergantung daripada sembarang negara Asia lain pada komoditi sedangkan ia terpaksa berdepan dengan pelaburan lembap dan daya saing berkurangan.



Walaupun pengurup wang melihat barisan panjang pelanggan tahun lepas apabila ringgit jatuh, ada yang berkata kenaikan masa ini tidak mengubah permintaan dengan ketara.



"Ringgit bukan mata wang pelaburan. Warga Singapura sentiasa menukar ringgit untuk bercuti, sama ada ia kukuh atau tidak," kata pengurus Arcade Money Changers, Encik Mohamed Rafik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >